Tuesday, January 7

Bukit Tabur Bukit Tabuh...apa apa lah..

Salam Tahun 2014!
Entri baru gua tahun ini..agaknya memang setahun sekali gua meng'update' blog gua ni..kah kah kah

Berbalik kepada tajuk, Bukit Tabur/tabuh...kalian pernah naik? Jika pernah,adakah sukar?tahap mana sukarnya? bagi gua jika kita memanjat dan nyawa kita seolah olah dihujung tanduk - maknanya sukar tahap bahaya makan nyawa.

Dan bukit Tabur/tabuh nia bagi gua hanya untuk/taraf mereka yang berpengalaman dalam mendaki sahaja.Bukan bermaksud yang tiada pengalaman tidak boleh mendaki..Boleh..tetapi biarlah dengan atau bersama mereka yang betul-betul faham atau tahu tentang risiko naik dan turun gunung,yang tahu apa itu erti seorang pendaki gunung..

Saban minggu saban tahun pasti ada yang mati,cedera dek penangan Bukit Tabur/tabuh ni..
Sudah tiba masa pihak berkenaan mewartakan tempat ini sebagai kawasan rekreasi berisiko tinggi. Bermakna,semua para pendaki atau tidak, haruslah berdaftar kepada pihak berkuasa tempatan jika hendak mendaki bukit ini..

Bukit Tabur/tabuh dikategori sebagai pendakian 'Rock Climbing'..
Bukan taraf pendakian keluarga bahagia seperti bukit Broga..Sekian Entri Gua..Salam

No comments: