Tuesday, September 21

Apa yang aku bayangkan dahulu,kenyataannya terjadi

salam Syawal..Alhamdulillah,kita semua berkesempatan melalui ibadat Puasa dan menyambut bulan Syawal dengan izinNya..

Raya?aku?
Macam biasa seperti perginya tiap-tiap tahun lepas..Syawal tidak semeriah dulu semasa kita semua kecil bukan?

Rentetan :

Pagi raya selesai Solat sunat AidilFitri,ke pusara insan tersayang tak pernah dilupai..

Sebelumnya,malam raya pasti kami semua sudah gembira pulang ke kampung..excited dengan lain-lain insan pulang berhari raya,dengar takbir raya dicorong radio,malamnya di kampung menanti kunjungan kariah untuk marhaban..

Selepasnya,ke pusara adalah perkara wajib sebelum melakukan apa-apa..
Tidak lagi segembira dahulu..cukuplah dengan kegembiraan menunaikan dengan penuh kesyukuran melakukan ibadat Ramadhan.

Tiada lagi kekecohan siap siaga untuk menyambut Syawal esoknya
Tiada lagi suara mereka yang tercinta
Tiada lagi wajah-wajah keriangan mereka

Tuhan beri keriangan untuk sekejap..Untuk kita merasa
Dan Tuhan ambilnya kembali..
Tuhanku,aku bersyukur atas nikmat yang telah Kau berikan,walaupun sebentar..

Semoga bertemu Ramadhan pada masa depan..

Kampung aku yang telah bertukar menjadi batu..hehe perhatikan sang Wheskey yang berada di situ

p/s : saat sudah hampir

No comments: