Tahun hadapan,perlaksanaan uniform mengikut unit pengakap kanak-kanak,pengakap muda,pengakap remaja,pengakap kelana,pemimpin pengakap dan pesuruhjaya akan dilaksanakan
Pandangan seorang ahli pengakap :
Tak faham :
Mengapa ini yang disibukkan..uniform??mengikut unit?susah nak membezakan uniform sekarang ini mana yg PKK,PM,PR,PK,Pemimpin,Pesuruhjaya?
Pramuka tak bising tentang ini..Cuba lihat uniform mereka,dari yg kanak-kanak hinggalah ke Ketua Prmukanya..sama bukan??
Pengakap negara Thailand bukankah uniformnya sama saja semua unit??
Apakah beza antara Polis,Askar,Bomba,Rela,JPAM,PBSM yang Tua dan yang muda??
mengikut warna uniform kah?
Cukuplah yang ditampal dibahu kiri,apoulet diatas bahu menyatakannya..
Kesimpulan :
Laksanakanlah agenda yang terpenting dahulu didalam pergerakan pengakap seluruh Malaysia seperti :
*Skim Latihan Pengakap masih tunggang langgang utk dipraktikkan bertahun-tahun..
Berapa ramaikah ahli pengakap memakai Lencana Tengkolok yang mempunyai kualiti - Pengakap Raja
*Lencana-lencana yg masih terkeliru samada mahu guna yang lama atau baru..
kalau yang baru,dimanakah pekelilingnya untuk diedarkan disetiap kumpulan Pengakap luar sana dan pastikah ahli pengakap jauh dipendalaman sana terima info ini?
*Pendaftaran Tahun lepas resit dan kad keahliannya entah kemana..dan adakah duit yuran yang didaftarkan ke PPM nama ahli yang berbayar ada di WOSM sana?
Wahai orang atas :
Usahakan supaya lebih mantap dahulu perkara ini,barulah boleh difikirkan pasal nak tukar uniform yg akan menyusahkan ramai ahli - yang tidak mampu pasti..
Bayangkan dalam masa menjadi pengakap muda dan remaja,ini bermakna ahli akan membeli dua Uniform - andai kata meneruskan ke pengakap kelana,ditambah satu lg uniform...
Jadinya ada 3 uniform bukan?
Undang-undang pengakap ke 9,perlu dihayati..
Yang pasti pembekal pakaian yang untung beribu-ribu..
Hairan bukan,yang diatas sana yang ghairah mengejar gelaran,memikirkan perkara yang lari tajuk..
p/s : Bukankah pengakap ini untuk budak-budak?kita ini yang memandu arah mereka supaya mereka merasai keseronokkan dalam berpengakap seperti ahli pengakap sebelum mereka..
Monday, August 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment